Tuesday, June 1, 2010
Solat Berjemaah 1
PENGENALAN
Manusia terdiri daripada pelbagai jenis puak, bangsa dan kaum. Islam menganjurkan umatnya menunaikan solat secara berjemaah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah disamping dapat saling berkenalan dan berbaik-baik antara satu dengan yang lain. Ia adalah satu bukti yang jelas bahawa Islam adalah agama yang mementingkan masyarakat kerana apabila masyarakat Islam bersatu, maka negara akan maju dan umat Islam akan dihormati.
SOLAT BERJEMAAH BUKTI PERPADUAN UMMAH
MAKSUDNYA :
"Solat secara beramai-ramai, sekurang-kurangnya seorang makmum yang dipimpin oleh seorang imam."
Secara umumnya, hukum solat berjemaah pada solat fardhu lima waktu adalah wajib fardhu kifayah tetapi, berjemaah pada solat jumaat hukumnya wajib fardhu ain.
Bagi lelaki solat fardhu lima waktu secara berjemaah di masjid adalah amat digalakkan dan bagi perempuan, solat dirumah lebih afdhal. Ini merujuk kepada hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah :
“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”.
DALIL BERKAITAN SOLAT BERJEMAAH
Berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, maksudnya :
" Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : tiada 3 orang dalam sebuah kampung atau lembah yang tidak didirikan solat berjemaah melainkan nyatalah bahawa mereka telah dipengaruhi oleh syaitan kerana itu lakukanlah solat berjemaah kerana kambing yang terpisah dari kumpulannya sahajalah yang akan dimakan oleh serigala. "
Hal ini menunjukkan bahawa solat berjemaah amatlah dituntut dalam agama Islam.
RUJUKAN
1. Panel Penulis Aras Mega (M)(2006). Pendidikan Ibadah Darjah Khas. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment