Thursday, June 3, 2010

SOLAT BERJEMAAH 3

SYARAT SAH JEMAAH BAGI MAKMUM

1. Kedudukan makmum hendaklah di belakang imam.

2. Ketika niat, makmum hendaklah berniat mengikut imam.

3. Makmum melakukan takbiratulihram setelah imam selesai melakukannya.

4. Makmum hendaklah mengikut imam dalam segala perbuatannya dan tidak mendahului imam.

5. Makmum mengetahui apabila imam berpindah dari satu rukun yang lain, sama ada dengan melihat imam atau makmum yang lain atau dengan mendengar.

6. Makmum dan imam berada di tempat yang sama, tanpa ada apa2 yang menjadi sekatan antara mereka. Maka tidaklah boleh menjadi makmum kepada imam yang didengar melalui radio atau televisyen, misalnya.

7. Solat imam itu hendaklah sah menurut pendapat makmum. Kalau makmum menganggap solat imam itu tidak sah, maka dia tidak sah berjemaah dengan imam tersebut.

8. Kaifiyat sembahyang imam sama dengan sembahyang makmum. Oleh itu makmum solat fardhu boleh mengikut imam solat sunat kerana kaifiyat sembahyang yang sama, tetapi tidak boleh menjadi makmum kepada imam solat jenazah kerana kaifiyatnya tidak sama.

9. Makmum lelaki tidak sah mengikut imam perempuan. Orang perempuan hanya sah menjadi imam kepada sesama perempuan sahaja.



SUMBER RUJUKAN

1. Haji Basri bin Kutai ( Lamsah ). Temuramah. 30 Mei 2010. Johor Bahru.

2. Shamsudin Othman (2003). Panduan Solat Berjemaah. WHOLESALE - MART BUSINESS POINT SDN. BHD.Selangor.

No comments:

Post a Comment