Friday, June 4, 2010

SOLAT BERJEMAAH 4

SYARAT MENJADI IMAM

1. Lelaki mengikut kepada lelaki.

2. Perempuan mengikut kepada perempuan.

3. Khunsa mengikut kepada lelaki.

4. Perempuan mengikut kepada khunsa.

5. Perempuan mengikut kepada perempuan.


ORANG YANG TIDAK BOLEH MENJADI IMAM

1. Orang yang fasih ( baik bacaan Al-Qurannya ) mengikut orang yang tidak fasih ( salah bacaanya )

2. Lelaki mengikut kepada khunsa.

3. Lelaki mengikut kepada perempuan

4. Khunsa mengikut kepada khunsa.

5. Khunsa mengikut kepada perempuan.



MENJADI MAKMUM YANG TERLAMBAT ( Masbuq )

1. Apabila makmum mendapati imam sedang ruku' dan terus mengikutnya, maka terhitung sempurna rakaatnya walaupun belom sempat membaca fatihah.

2. Apabila makmum mendapati imam sudah melakukan ruku', maka dia harus mengulang rakaat tersebut kerana rakaat tersebut tidak sempurna.

3. Apabila makmum mendapati imam dalam tasyahud akhir lalu dia mengikutinya maka tasyahud yang dikerjakannya itu tidak termasuk dalam rakaat yang dikira sempurna. Dan dia harus menyempurnakan solatnya apabila imam sudah memberi salam.



SOLAT MUAFIK

Solat muafik pula ialah makmum dapat berjemaah bersama-sama dengan imam di mana makmum dapat membaca Al-Fatihah dalam rakaat yang sama dengan imam.

Muafik ialah lawan bagi masbuk dan dalam rakaat muafik makmum tidak perlu menambah rakaat tambahan kerana rakaatnya telah cukup.



RUJUKAN

1. Abd Rahman Ahmad ( 2007 ). Panduan Solat Lengkap Lelaki & Perempuan. Berlian Publication Sdn. Bhd. Selangor.

2. Panel Penulis Aras Mega (M)(2006). Pendidikan Ibadah Darjah Khas. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Selangor.

No comments:

Post a Comment