FADHILAT SOLAT BERJEMAAH
Antara kelebihan solat berjemaah :
~ Mendapat balasan pahala lebih besar berbanding solat yang dilakukan secara bersendirian.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : " Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjah ".
~ Dapat mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturrahim dikalangan masyarakat Islam.
~ Dapat mewujudkan perpaduan dikalangan umat Islam
~ Dapat menghidupkan syiar Islam.
~ Melatih diri seseorang agar lebih berdisiplin dan patuh kepada ketua.
Selain itu, kelebihan solat berjemaah diterangkan melalui Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
RUJUKAN
1. Panel Penulis Aras Mega (M)(2006). Pendidikan Ibadah Darjah Khas. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment